Kaedah Rawatan

Penyakit Buah Pinggang

Mengikut Cara

Homeopathy - Akupunktur


Buah Pinggang | Kaedah Rawatan | Various Treatment [ In English ] | Rawatan dengan Laser

Bila Meningkat Tua
Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

Prof Dr Nik Omar, adalah seorang pakar homeopathy di malaysia yang mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Pengamal Homeopathy Berdaftar Malaysia

Diperingkat antarabangsa, beliau memegang jawatan Senior President Asian Homeopathic Medical Leagure (International), dan mempunyai pengalaman luas dalam perubatan homeopathy dan akupunktur.



Cara Rawatan Hospital Allopathy

Dialisis buah pinggang

Mengikut cara atau kaedah rawatan biasa (allopati), jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.

Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan allopati hari ini telah mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi.

Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas.
Biasanya pesakit yang sudah menjalani dialisis memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk membuat satu terapi pembersihan darah dan sekurang-kurangnya dialisis hendaklah dibuat 3 kali dalam seminggu. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya.
Di Pusat-Pusat Dialisis Swasta ianya memerlukan sekurang-kurang RM 300 hingga RM 400 untuk sekali membuat dialisis.
Untuk satu bulan rawatan dialisis pesakit memerlukan sekurang-kurang RM 1,000.00

Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

Pemindahan buah pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

Pilihan Untuk Rawatan Alternatif

  • Rawatan cara Homeopathy - Makan Ubat
  • Rawatan cara Akupunktur 
  • 1. Cara Tusukan jarum-Jarum Halus Akupunktur
  • 2. Menggunakan Teknologi Baru Laser Therapy  @  

  • http://laser-profnik.blogspot.com

 


Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang kronik

Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.

Rawatan

Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?

Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?

Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?

Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.

Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?

Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?

Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.

Rawatan Altenatif
Mengikut Kaedah Homeopathy

Sistem perubatan Homeopathy mempunyai caranya tersendiri untuk merawat kes-kes Penyakit Buah Pinggang [ Renal Failure] dengan memberi ubat-ubat yang sesuai;

Kes 1 : Mr.NAND- Umur 50 tahun.

Mr.NAND telah dimasukkan ke sebuah hospital setelah dirujukkan oleh sebuah klinik swasta dengan tanda-tanda yang jelas menunjukkan 'penyakit buah pinggang', kaki,perut, muka dan badan bengkak, air kecing mengandungan darah. Dan setelah membuat analisa dengan teliti doktor telah mengesahkan bahawa mengikut X-Ray,scan dan sebagainya, pesakit , MR NAND telah mengalami 'Renal Failure' dan memerlukan Dialysis buah pinggang secepat mungkin.

Mr.NAND cukup takut kepada dialisis kerana sebelum ini beliau telah lihat sendiri bahawa kakaknya juga meninggal dunia setelah satu tahun membuat dialisis.

Beliau takut lalu berjumpa dengan Prof Nik Omar seorang pakar homeopathy untuk mendengar pendapatnya.

Setelah perbincangan berlaku, beliau mengambil keputusan untuk katanya untuk 'mati dirumah' dan bertawakal untuk berubat dengan Prof Nik Omar.

Dengan beberap diet serta peraturan yang telah ditetapkan Mr NAND telah mula menjalani terapi homeopathy dengan formula baru 'Trinity of Homeopathy'

Dengan mengamalkan ubat-ubat yang dibekalkan seperti' Aconite, Belladonna, Apis Mel., Ars Alb., Hellebore, Cham., Bryonia, Lyco., Calendula, China Off, Spigelia' dengan kaedah permakanan yang khusus, dalam tempuh 3 bulan MR NAND telah pulih sepenuhnya dari tanda-tanda penyakit yang dialami sebelum ini.

Bila beliau kembali semula menemui 'doktor' di hospital tersebut, doktor hairan, bahawa dengan gejala-gejala dan tanda-tanda yang teruk sewaktu meninggalkan hospital, beliau sangka Mr NAND telah pun 'mati' tetapi Tuhan masih sayang MR NAND dan dia sembuh dan sihat sehingga ke hari ini.

Allah Maha Besar !!
Kita Ikhtiar Tuah Menyembuhkan !

Dalam hal-hal sebegini, kita hairan, masih ramai lagi orang-orang tidak percaya keupayaan penyembuhan yang ada pada ubat homeopathy.
Mereka masih tidak yakin, dan tidak percaya.
Apa salahnya kalau mereka sekadar memcuba dan berikhtiar secara homeopathy sebelum membuat sebarang dialysis.

sebab kami cukup yakin dengan adanya lebih dari 100 jenis ubat-ubat homeopathy untuk 'Penyakit Buah Pinggang', kita cukup yakin, bahawa rawatan homeopathy berupaya memberi rawatan alternatif yang baik kepada pesakit-pesakit Buah Pinggang.




My URL:
http://drnikomar.tripod.com


Alamat Kami: Hospital Homeopathy Nik Omar

122, Kg Gelang Mas, Meranti
17010 Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 019- 9401915 , Pasir Mas 09-7976948

Doktor Bertugas:
1. H/Dr Hajjah Zaharah
2. Prof Dr Nik Omar
3. Hom. Nik Fairuz Hakim

[ Di Pasir Mas: Wad / Chalet disediakan untuk pesakit dan pembantu . Jika anda datang dari jauh anda boleh tinggal di wad / chalet kami ]

Klinik Kami di Kuala Lumpur

Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar
No.118  Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Tel: 03 4042 2020


[ Klinik kami hanya 6 Kedai Selepas City Hotel @ Old Town Kopitiam @ 6 Kedai Sebelum Chow Kit Road ]

Doktor Bertugas:
1. H/Dr Hajjah Faridah
2. Prof Dr Nik Omar

Web: http://drnikomar.tripod.com

Acupuncture News

http://acumalay.blogspot.com

http://aku122.blogspot.com

Sebarang pertanyaan E Mail: fahom122@yahoo.com         atau call Dr Nik  019-9401915

 




 

E Mail Kami: fahom122@yahoo.com